Tuesday 17 September 2013

Surah 89



{89}
AL-FAJR (fajar) 1~30.
Dengan nama Allah, Pemurah, Penyayang.

1. Perhatikan lah fajar.
2. Dan (perhatikanlah) malam yang sepuluh
3. Dan (perhatikanlah) genap dan ganjil
4. Dan (perhatikanlah) malam apabila ia berjalan
5. Bukankah ada padanya satu perhatian bagi yang berakal.
6. Tidakkah engkau fikirkan bagaimana Tuhan mu lakukan kepada Aad.
7. (Iaitu kaum) Iram yang mempunyai kemegahan ?
8. Yang  belum pernah diadakan bandingan dinegeri-negeri itu ?
9. Dan (kaum) Samud yang membawa batu gunung yang  besar kelembah itu.
10. Dan Firaun yang mempunyai bina yang teguh ?
11. Yang melewati batas dinegeri-negeri itu ?
12. Iaitu mereka telah lakukan banyak kedurhakaan padanya.
13. Lalu Tuhan mu curahkan  atas mereka cemati azab(nya).
14. Sesungguhnya Tuhan mu tetap ditempat pengawasan
15. Tetapi ada pun manusia, apabila diberi percubaan kepadanya oleh Tuhan nya, iaitu ia muliakan dia dan ia beri nikmat kepadanya, maka ia berkata; “Tuhan ku telah muliakan daku”.
16. Dan ada pun apabila (Tuhannya) memberi kepada nya percubaan, iaitu ia kurangkan rezeki nya, maka ia berkata; “Tuhan ku telah hinakan daku”.
17. Tidak ! bahkan tidak kamu muliakan anak yatim
18. Dan tidak kamu gemar mengemarkan atas memberi makan orang-orang miskin.
19. Dan kamu makan sungguh-sungguh harta waris nya (orang).
20. Dan terlalu sangat kamu tamak kepada harta
21. Tidak ! apabila dihancurkan bumi kelak sehancur-hancur nya.
22. Dan datang (perintah) Tuhan mu sedang melaikat (akan hadir) berbaris-baris.
23. Dan dihari itu akan dihadirkan (neraka) jahanam, (maka) dihari itu manusia akan ingat pada hal dimana (akan berguna) peringatan baginya !?
24. Ia akan berkata; “alangkah baiknya kalau aku sudah bersedia untuk penghidupan ku (disini) !
25. Maka dihari itu, tidak akan siap pun dapat mengazab seperti azali nya !
26. Dan tidak ada siapa pun dapat mengingat seperti ingatan nya !
27. Hai jiwa yang tetap yakin !
28. Kembalilah kepada Tuhan mu dengan keadaan reda (dan) diredai.
29. Iaitu masuklah didalam (golongan) hamba-hamba ku,
30. Dan masuklah kesyurga ku.

[Previous Surah][Next Surah][Mukdimah Surah][Ringkasan Surah]. 

About Rosmah